- Memerhati = Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria.
- Mengelas = Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan antara objek atau fenomena berdasarkan cirri atau sifat yang sepunya.
- Mengukur dan menggunakan nombor = Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
- Membuat inferens = Proses membuat kesimpulan awal yang menerangkan pemerhatian.
- Meramal = Proses menjangkakan peristiwa yang akan berlaku berdasarkan pengalaman atau data yang dikumpul.
- Berkomunikasi = Kemahiran untuk menerima, memilih dan mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk.
- Menggunakan perhubungan ruang dan masa = Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
- Mentafsirkan maklumat = Kebolehan memberi penerangan rasionaltentang objek, fenomena, atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
- Mendefinisi secara operasi = Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
- Mengawal pembolehubah = Kemahiran mengenalpasti dan menghubungkait pembolehubah.
- Membuat hipotesis = Proses menghasilkan kenyataan yang menghubungkan 2 atau lebih pembolehubah.
- Mengeksperimen = Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.
Ahad, 16 Oktober 2011
Kemahiran saintifik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan